Saturday 11 June 2011

Menyaksikan Operasi CARAT (ATM bersama Angkatan Tentera Laut USA di perairan Cemara Indah Resort adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Petang 11 Jun 2011, kami menerima kunjungan Leftenan Firdaus Abd. Rahim, Sgt Rosli dan anak-anak buahnya dari Markas Angkatan Bersama, KEMENTAH Kuala Lumpur. Hadir bersama mereka ialah rakan-rakan pemberita dari Berita Harian, China Press dan lainnya. Dikhabarkan mereka berkampung di sini untuk menjalani Operasi Latihan Tentera bersama Tentera Laut USA. Selepas Check-in dan minum petang, Sgt Rosli sempat merakamkan pemandangan di beberapa lokasi di sekitar resort kami sehinggalah senja. Lepas solat maghrib mereka menikmati hidangan nasi goreng kampung "urgent" seperti yang dikehendaki. Itulah yang dapat kami sediakan.(Maaf tuan kalau hidangannya tak menepati citarasa semua) maklumlah nasi goreng "1 Malaysia !!". Menjelang malam, rakan-rakan ATM dan pemberita tidak kelihatan kecuali En. Khoo Jin Kuat dan rakannya dari China Press, begitu asyik mengadap komputer ribanya mengumpul bahan, duduk di sebelah saya sambil mengunyah keropok. Itulah hidangan wajib bagi pengunjung kami. Rakan-rakan yang lain mungkin membuat persiapan di kamar masing-masing. Hai,tak sabar-sabar rasanya hendak melihat operasi tersebut. Sama-samalah kita tunggu esok ye..

Pasukan Angkatan Bersama siap sedia mendarat setelah bergerak dari   kapal induk USA

Kereta kebal pun boleh berenang ??

Hah. da sampai pun konvoi US..

Okeey... Get ready..!!!

Ek eh, sempat jugak begambar.. hehee

dapat sebiji keta kebal ni, ok jugak ye ?


Apa jugak dibuat sdr Zamzuri nii

Come on come on.. faster, faster !!!   eehh.. mu gi main air pulok doh !!

konvoi mula bergerak ke hutan mencari sasaran..

 siap sedia..

Hidupku hanya untuk mu 'Malaysia..!!'

Konvoi US mendarat di pantai..

Wira negara menanti arahan dengan taat dan setia

Bersama rakan pemberita dan pegawai ATM, Sgt Rosli, Sdr Rafi (Berita Harian), Left. Firdaus, Sdr Sharul, Sdr Khoo  (China Press), Sdr Dzirhan  dan Sgt Zamzuri 




Alamak.. kita tengah 'adjust' betul-betul dia snap pulak..

Sgt Rosli (berbaju biru)  serius menjamah nasi goreng '1 Malaysia'..


Sdr. Khoo dari China Press sedang asyik mengarang berita..

No comments:

Post a Comment