Friday 13 May 2011

INFO

Terletak  di kawasan pantai berpasir  yang sangat indah kira-kira 25km dari Bandar Mersing  dan 25km dari Bandar Endau. Penginapan anda di sini akan ditemani dengan deruan angin dan ombak Laut Cina Selatan yang amat nyaman dan menyegarkan. Pandangan “Sea-view” bilik-bilik penginapan akan melupakan segala masalah dan hiruk pikuk keriuhan bandaraya.. ditambah dengan kewujudan pulau-pulau kecil seperti Pulau Sri Buat  dan Tioman yang saujana mata memandang.. Persisiran pantai yang sangat landai dan pukulan ombak yang sederhana menjadikan si ibu pasti tidak pernah bimbang membiarkan anak-anak bermanja dengan ombak.. Waktu tengahari yang panas, anda boleh beristirehat saja di kamar tidur yang berhawa dingin sambil minum,  menonton TV, melayari internet atau bermain catur dan sahibba. Yang pasti Cemara Indah Resort bisa mendamaikan emosi anda dan kami mahu anda pulang dengan kepuasan..!
Bagi yang ingin menginap secara pakej, kami juga menyediakan keperluan itu. Dewan Mesyuarat, dewan makan, kemudahan LCD , karaoke, aktiviti riadah, memancing, bot pesiaran, tarik pukat, ‘junggle tracking’ dan sebagainya boleh dibincangkan.
Justeru, Cemara Indah Resort sekarang  menjadi pilihan utama seisi keluarga, pekej mahu pun pasangan yang ingin berbulan madu.. 

Wakaf BBQ sedia menanti kehadiran anda..