Saturday 4 June 2011

Antara tetamu Cemara Indah Resort 5 Jun 2011.. En.Mohd Radhi, En. Fauzi, En. Sahrul dan Pn. Sofinah. Sesekali jumpa di resort seronok jugak. Dpt kenalan baru. Tapi maklumlah bila dah ramai tu macam-macam ragam ada terutamanya anak-anak. Tau-tau ajelah budak-budak bkn boleh nampak laut.. memang binggung dia selagi tak berendam.. toksahkan budak.. kadang-kadang mak dan bapak budak puuun.. hehe.. Pagi ni cuaca sangat eluk ditambah pula dgn alunan air laut yang sederhana sangat menyenangkan hati si ibu melepaskan anak kecil bermanja dengan ombak. Kalau dah duduk dalam air memang tak terasa panasnya. Itulah aktiviti wajib yang dinantikan kebanyakan tetamu kami. Apa pun kami harapkan kalian semua 'enjoy' dan puas berada di sini. Jutaan terima kasih utk rakan-rakan kerana sudi berkampung di sini. Semoga percutian di sini menjadi kenangan indah dan insya Allah jumpa lagi nanti..

Pn. Sofinah dan keluarga dari UTM Skudai.. Makan bang makan.. lepas ni  kita boleh lumba berenang ramai-ramai.. hehee

Peeerrrghh.. ini btul-betul  kenyang nii.. tengok arr.. akak kecik kita yang montel ni. Senyum  simpul dia.. nanti ajak ayah berenang tau dik.. 

Haaaiii.. abang Sahrul kita dari Pt. Sulong ni. bkn main romantis lagi sarapan pagi ngan mem dia.. tengok arr.. tak jemput kita makan puun !!

En Fauzi, isteri serta anak comelnya.. pertama kali di Cemara Indah.. makan bang makan. jgn malu

Ceria nampak keluarga Abg Radhi ni  walaupun datang dari Shah Alam. Makan kenyang-kenyang kak. lepas ni abg nk ajak ke pulau pula..

No comments:

Post a Comment