Friday 13 May 2011

INFO

Terletak  di kawasan pantai berpasir  yang sangat indah kira-kira 25km dari Bandar Mersing  dan 25km dari Bandar Endau. Penginapan anda di sini akan ditemani dengan deruan angin dan ombak Laut Cina Selatan yang amat nyaman dan menyegarkan. Pandangan “Sea-view” bilik-bilik penginapan akan melupakan segala masalah dan hiruk pikuk keriuhan bandaraya.. ditambah dengan kewujudan pulau-pulau kecil seperti Pulau Sri Buat  dan Tioman yang saujana mata memandang.. Persisiran pantai yang sangat landai dan pukulan ombak yang sederhana menjadikan si ibu pasti tidak pernah bimbang membiarkan anak-anak bermanja dengan ombak.. Waktu tengahari yang panas, anda boleh beristirehat saja di kamar tidur yang berhawa dingin sambil minum,  menonton TV, melayari internet atau bermain catur dan sahibba. Yang pasti Cemara Indah Resort bisa mendamaikan emosi anda dan kami mahu anda pulang dengan kepuasan..!
Bagi yang ingin menginap secara pakej, kami juga menyediakan keperluan itu. Dewan Mesyuarat, dewan makan, kemudahan LCD , karaoke, aktiviti riadah, memancing, bot pesiaran, tarik pukat, ‘junggle tracking’ dan sebagainya boleh dibincangkan.
Justeru, Cemara Indah Resort sekarang  menjadi pilihan utama seisi keluarga, pekej mahu pun pasangan yang ingin berbulan madu.. 

4 comments:

  1. cantikla...xtau pn ade chalet cantik mcmnie kt area tjg resang..brp rate 1 mlm?nk tempah.....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana singgah di blog kami. Blik Standard (2 ktil bujang) RM140.0 sahaja. Blik Famili (1 katil king + 1 katil bujang) RM180 saja. Jemputla dtg ke resort kami.. Destinasi percutian yang tepat..

    ReplyDelete
  3. cantik nya..
    kalau nak 3 bilik ada promosi tak?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak kerana sudi singgah di blog kami. Sekarang ni memang kami sedang bagi harga promosi.. tapi takpe datang jee..

    ReplyDelete