Saturday, 11 June 2011

Menyaksikan Operasi CARAT (ATM bersama Angkatan Tentera Laut USA di perairan Cemara Indah Resort adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Petang 11 Jun 2011, kami menerima kunjungan Leftenan Firdaus Abd. Rahim, Sgt Rosli dan anak-anak buahnya dari Markas Angkatan Bersama, KEMENTAH Kuala Lumpur. Hadir bersama mereka ialah rakan-rakan pemberita dari Berita Harian, China Press dan lainnya. Dikhabarkan mereka berkampung di sini untuk menjalani Operasi Latihan Tentera bersama Tentera Laut USA. Selepas Check-in dan minum petang, Sgt Rosli sempat merakamkan pemandangan di beberapa lokasi di sekitar resort kami sehinggalah senja. Lepas solat maghrib mereka menikmati hidangan nasi goreng kampung "urgent" seperti yang dikehendaki. Itulah yang dapat kami sediakan.(Maaf tuan kalau hidangannya tak menepati citarasa semua) maklumlah nasi goreng "1 Malaysia !!". Menjelang malam, rakan-rakan ATM dan pemberita tidak kelihatan kecuali En. Khoo Jin Kuat dan rakannya dari China Press, begitu asyik mengadap komputer ribanya mengumpul bahan, duduk di sebelah saya sambil mengunyah keropok. Itulah hidangan wajib bagi pengunjung kami. Rakan-rakan yang lain mungkin membuat persiapan di kamar masing-masing. Hai,tak sabar-sabar rasanya hendak melihat operasi tersebut. Sama-samalah kita tunggu esok ye..

Pasukan Angkatan Bersama siap sedia mendarat setelah bergerak dari   kapal induk USA

Kereta kebal pun boleh berenang ??

Hah. da sampai pun konvoi US..

Okeey... Get ready..!!!

Ek eh, sempat jugak begambar.. hehee

dapat sebiji keta kebal ni, ok jugak ye ?


Apa jugak dibuat sdr Zamzuri nii

Come on come on.. faster, faster !!!   eehh.. mu gi main air pulok doh !!

konvoi mula bergerak ke hutan mencari sasaran..

 siap sedia..

Hidupku hanya untuk mu 'Malaysia..!!'

Konvoi US mendarat di pantai..

Wira negara menanti arahan dengan taat dan setia

Bersama rakan pemberita dan pegawai ATM, Sgt Rosli, Sdr Rafi (Berita Harian), Left. Firdaus, Sdr Sharul, Sdr Khoo  (China Press), Sdr Dzirhan  dan Sgt Zamzuri 




Alamak.. kita tengah 'adjust' betul-betul dia snap pulak..

Sgt Rosli (berbaju biru)  serius menjamah nasi goreng '1 Malaysia'..


Sdr. Khoo dari China Press sedang asyik mengarang berita..

Sunday, 5 June 2011

Santai bersama keluarga En.Anuar. Walaupun letih memandu dari Pontian dalam hujan lebat beliau dan keluarganya tetap ceria di Cemara Indah. Selepascheck-in, putera puterinya tak sabar-sabar hendak berendam di pantai. Hampir jam 7 ptg baru mereka naik. Waktu malam hanya dihabiskan bersantai persekitaran resort sambil menghirup angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Pagi selepas menjamah sarapan di Cemara Kafe, aktiviti lumba berenang dan bermain boya di sambung semula..


makan kak makan, lepas ni boleh berenang

Peerrrgghh.. posing abis kak Yaya kita nii

En. Anuar dan 'askar-askarnya'..  ati-ati lo wak.. ono boyo.. hehee

Haaa... jom dik jooom.. kita gi pulau tioman naik boya. 
 
                                     
                                                      ......... Abaaaaaah.... Cepat aaaaaaarrrr...!!!

Saturday, 4 June 2011

Bersama Unit PKM JPNJ (Mes Rayuan 2011)













Antara tetamu Cemara Indah Resort 5 Jun 2011.. En.Mohd Radhi, En. Fauzi, En. Sahrul dan Pn. Sofinah. Sesekali jumpa di resort seronok jugak. Dpt kenalan baru. Tapi maklumlah bila dah ramai tu macam-macam ragam ada terutamanya anak-anak. Tau-tau ajelah budak-budak bkn boleh nampak laut.. memang binggung dia selagi tak berendam.. toksahkan budak.. kadang-kadang mak dan bapak budak puuun.. hehe.. Pagi ni cuaca sangat eluk ditambah pula dgn alunan air laut yang sederhana sangat menyenangkan hati si ibu melepaskan anak kecil bermanja dengan ombak. Kalau dah duduk dalam air memang tak terasa panasnya. Itulah aktiviti wajib yang dinantikan kebanyakan tetamu kami. Apa pun kami harapkan kalian semua 'enjoy' dan puas berada di sini. Jutaan terima kasih utk rakan-rakan kerana sudi berkampung di sini. Semoga percutian di sini menjadi kenangan indah dan insya Allah jumpa lagi nanti..

Pn. Sofinah dan keluarga dari UTM Skudai.. Makan bang makan.. lepas ni  kita boleh lumba berenang ramai-ramai.. hehee

Peeerrrghh.. ini btul-betul  kenyang nii.. tengok arr.. akak kecik kita yang montel ni. Senyum  simpul dia.. nanti ajak ayah berenang tau dik.. 

Haaaiii.. abang Sahrul kita dari Pt. Sulong ni. bkn main romantis lagi sarapan pagi ngan mem dia.. tengok arr.. tak jemput kita makan puun !!

En Fauzi, isteri serta anak comelnya.. pertama kali di Cemara Indah.. makan bang makan. jgn malu

Ceria nampak keluarga Abg Radhi ni  walaupun datang dari Shah Alam. Makan kenyang-kenyang kak. lepas ni abg nk ajak ke pulau pula..